FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Saya telah meneruskan pelajaran saya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya telah belajar kursus ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP).
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah ditubuhkan pada 01 Januari 1974. Pada mulanya, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dipecahkan kepada 2 fakulti yang berbeza iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan. Pada tahun 1996, pihak pengurusan tertinggi UKM membuat keputusan untuk membina semula struktur pelbagai fakulti. Pada Ogos 1997, Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan digabungkan menjadi satu fakulti iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah menawarkan beberapa kursus kepada pelajar iaitu kursus ekonomi, kursus pentadbiran perniagaan, kursus keusahawanan dan inovasi dan kursus perakaunan. Kursus perakaunan perlu ditukarkan dari kursus pentadbiran perniagaan pada tahun kedua. Hanya kursus perakaunan akan mengambil masa empat tahun manakala kursus yang lain hanya memerlukan 3 tahun.
Dalam kursus pentadbiran pernigaan, terdapat beberapa pengkhususan tersedia kepada mahasiswa dan mahasiswi iaitu kewangan, perkhidmatan kewangan dan pengurusan risiko, pemasaran dan kepenggunaan, pengurusan sumber manusia dan juga perniagaan antarabangsaan. Pelajar juga boleh menukarkan kursus kepada kursus perakaunan.
Kursus ekonomi iaitu kursus yang saya sedang ambil juga mempunyai pengkhususan iaitu ekonomi industri dan antarabangsa, ekonomi monetari dan fiskal, ekonometrik dan statistik gunaan, ekonomi islam, ekonomi pembangunan dan sumber manusia. Mahasiswa dan mahasiswi berpeluang mengisi 2 pengkhususan yang paling berminat. Saya telah mengisi 2pengkhususan yang paling saya minati iaitu, ekonomi industri dan antarabangsa serta ekonomi monetari dan fiskal. Saya berjaya mendapati pengkhususan yang saya suka iaitu ekonomi industri dan antarabangsa.
FEP juga menyediakan pensyarah yang berkualiti dan mutu kepada kami. Dalam sem 1 kursus ekonomi, saya telah mempelajari makroekonomi, ekonomi Islam, statistik manakala dalam sem ini iaitu sem 2, saya berpeluang mempelajari mikroekonomi, matematik, perakaunan, aplikasi komputer. Selain subjek yang saya perlu mengambil, saya juga berpeluang mempelajari citra iaitu subjek yang saya meminati seperti Thai asas, Bahasa Jerman, tarian cina, catur dan sebagainya. Ini telah membolehkan saya mempelajari lebih banyak subjek selain subjek yang diperlukan.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan juga melengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk memudahkan urusan para pelajar. Pada aras 1, FEP dilengkapi dengan 5 bilik kuliah dan tandas yang mencukupi. Bilik kuliah mempunyai penghawa dingin, meja dan kerusi yang mencukupi. Ini telah menyediakan ruang belajar yang selesa untuk memudahkan kami yang sebagai pelajar. Di luar bilik kuliah juga disertai dengan ruang pembelajaran. Terdapat banyak meja dan kerusi disediakan. Semasa kami mempunyai perbincangan dalam kumpulan, kami boleh menggunakan meja dan kerusi di luar bilik kuliah. Ini telah memudahkan ahli kumpulan yang datang dari kolej yang berbeza berkumpul bersama-sama berbincang projek kami.
Pejabat pensyarah dan kakitangan juga disediakan. Kami yang mempunyai sebarang masalah dapat merujuk di sana. Pejabat pensyarah juga memudahkan kami merujuk mentor atau pensyarah subjek kami. Kami dapat menyelesaikan masalah kami dengan mudah.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) juga menyediakan bilik seminar dan bilik komputer kepada kami. Dalam kelas yang mempunyai bilangan kurang seperti kelas perakaunan, kelas bahasa Inggeris, kami akan menggunakan bilik seminar yang mempunyai ruang kecil. Manakala, bilik komputer memudahkan kami mempelajari aplikasi komputer. Contohnya, kami akan menggunakan bilik komputer untuk mempelajari aplikasi komputer. Ini telah memudahkan mahasiswa dan mahasiswi yang tidak mempunyai komputer.
Saya berasa sangat bangga agar saya dapat meneruskan pelajaran saya di FEP UKM. Saya telah memilih kursus Ekonomi UKM sebagai pilihan pertama saya. Saya berasa sangat nasib baik saya mendapat pilihan pertama saya. Saya juga sangat berasa gembira terhadap apa yang saya mempelajari.
I think the language style here is better compare to other posts. or maybe you actually refer to other source. Please put the link if you do so ok.
ReplyDeleteGood job!