MAKANAN YANG SEDAP DI UKM
MAKANAN SEDAP DI UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai banyak cafe dan makanan sedap kepada para mahasiswa dan mahasiswi. Setiap kolej kediaman juga mempunyai cafe masing-masing untuk memudahkan kami menjamu selera.
Cafe yang paling saya menyukai ialah Hot Meal Bar. Hot Meal Bar terletak di Pusanika, UKM. Hot Meal Bar menghampiri dengan kolej kediaman dan juga fakulti. Selepas kuliah, kami dapat menjamu selera dengan kawan-kawan. Antara makanan yang disediakan Hot Meal Bar adalah mee tarik sup, dumplings, kung pao ayam dan sebagainya. Hot Meal Bar menyediakan makanan cina yang halal. Pelajar Cina dapat menikmati makanan Cina di sini. Pelajar berkaum lain juga berpeluang menikmati makanan Cina. Makanan yang paling saya menyukai ialah dumpling dan juga mee tarik sup. Saya telah mengajak kawan-kawan pergi makan di sana selepas menghadiri kuliah.
Selain Hot Meal Bar, cafe Kolej Ungku Omar juga salah satu pilihan yang baik untuk mengisi perut. Cafe Kolej Ungku Omar sangat memudahkan warga Kolej Ungku Omar makan. Makanan yang disediakan juga sedap dan murah. Ini telah membolehkan pelajar KUO menikmati makanan dengan harga yang dapat ditanggung. Saya sangat menyukai nasi goreng pattaya cafe KUO. Saya selalu menyelesaikan masalah saya. Makanan yang murah juga membolehkan saya menikmati dengan harga yang dapat saya tanggung.
Cafe Kolej Pendata Za'ba juga pilihan yang bagus di UKM. Cafe Kolej Pendeta Za'ba mempunyai banyak buah kedai makanan. Kami mempunyai banyak pilihan makanan yang berbeza-beza. Harga cafe KPZ juga dalam tanggungan pelajar. Contohnya, nasi ayam, nasi goreng, spaghetti dan sebagainya. Tetapi KPZ lebih jauh daripada fakulti dan kolej kediaman saya, ini menyebabkan saya tidak dapat mengunjungi selalu. Makanan yang berpelbagaian dan harga yang berpatutan telah menarik perhatian pelbagai pelajar dari semua kolej kediaman.
Bukan itu sahaja, cafe Kolej Keris Mas juga mempunyai pilihan yang banyak dan berpelbagaian kepada pelajar. Cafe Kolej Keris Mas mempunyai banyak gerai makanan yang berbeza-beza. Tetapi cafe Kolej Keris Mas juga berjarak jauh dengan kolej kediaman saya, saya perlu menaiki bus untuk pergi ke Cafe KKM. Makanannya juga sangat sedap dan berlainan.
Cafe Kolej Tun Hussein Onn juga mempunyai keistimewaannya untuk menarik perhatian warga UKM. Dalam cafe Tun Hussein Onn, Terdapat sebuah gerai yang saya sangat menyukai, iaitu gerai Pan Mee. Gerai ini menjual pelbagai makanan seperti Nasi Ayam, Wantan Mee, dan juga Pan Mee. Berbanding dengan cafe KKM dan cafe KPZ yang berjarak jauh, saya lebih suka pergi ke cafe KTHO. Jarak KTHO dengan kolej kediaman saya lebih dekat. Selepas kuliah, saya dapat berjalan kaki ke KTHO. Saya sangat suka Pan Mee gerai ini. Pan Mee gerai ini sangat sedap dan tidak mahal. Saya dapat pergi ke sana makan selalu.
Walaupun dalam PKP, saya tidak dapat menikmati makanan UKM. Saya sangat rindu akan makanan UKM. Harap pada tahun depan, saya dapat kembali ke UKM mencari tempat makan yang baharu dan sedap di UKM.
Hello Wen Yan,
ReplyDeleteI think the UKM lifestyle label is more accurate compare to freestyle for this post.
anyway, i know you are trying your best to post in malay. keep reading and writing in malay to practice ok.
saya juga rindu mknn ukm. esp mee tarik. tapi since last week saya dh tau ada no utk delivery mee tarik ke rumah saya hehe.
Keep it up!