KOLEJ UNGKU OMAR

KOLEJ UNGKU OMAR

Saya telah dibahagi meninggal di Kolej Ungku Omar. Kolej Ungku Omar mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan kolej lain. Saya berasa sangat gembira semasa mengetahui saya dapat berada di Kolej Ungku Omar


          Kolej Ungku Omar telah dibina pada 23 Jun1976 dan siap pada 7 Januari 1978 dengan keluasan 220 kaki persegi. Kolej Ungku Omar mempunyai empat blok asrama, 23 blok pangsasiswa dan tiga blok pangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang penghuni.


        Kolej Ungku Omar (KUO) berada di lokasi yang strategik. KUO berada di tengah Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia berhampiran dengan pusanika, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) yang saya mempelajari. KUO juga berada di tempat yang memudahkan aliran kami. Di sekelilingi KUO, terdapat pelbagai perhentian bus untuk bergerak ke mana-mana tempat.

        Kolej Ungku Omar (KUO) mempunyai prasarana yang sangat lengkap dan dalam keadaan yang baik. Contohnya, KUO melengkapi dengan kedai fotostat, tempat mencuci pakaian, mesin mencuci baju, mesin mengeringkan baju, kedai runcit dan juga cafe. Cafe Kolej Ungku Omar mempunyai pelbagai makanan yang sedap seperti nasi goreng pattaya, nasi goreng, mihun goreng dan sebagainya. Ia juga menyediakan makanan yang mencukupi dan berpebagai kepada para warga KUO.

         KUO juga menyediakan bilik yang bersih dan kemas kepada kami. Kami dapat menikmati sebuah bilik dengan 2 orang. Saya berasa sangat puas hati kerana saya dapat mengenali kawan sebilik saya yang sama kursus. Bilik juga sangat kemas dan bersih. Tandas KUO juga sangat mencukupi untuk kami. Pembersih juga sangat bertanggungjawab dan membersihkan tandas dengan masa yang tetap.

         Sebelum memasuki KUO, telegram mempunyai banyak pemudahcara untuk menyelesaikan masalah kami. KUO mempunyai banyak felo dan juga majlis eksekutif pelajar membantu kami. Pada masa MMM, ahli majlis eksekutif pelajar membantu kami menyesuaikan diri di KUO. Kami yang mempunyai masalah juga boleh merujuk kepada mereka untuk mendapatkan penyelesaian.

         KUO juga mempunyai pelbagai kelab untuk membolehkan pelajar mengadakan aktiviti seperti Kelab Mandarin, Kelab Keusahawanan. Saya telah menyertai kelab mandarin Kolej Ungku Omar. Saya juga berperluang menyertai pesta ang pow yang dianjurkan oleh kelab mandarin. Saya telah bertemu duga dan mendapat jawatan penolong setiausaha. Saya telah mempelajari banyak pengetahuan dan mendapat banyak pengalaman melalui aktiviti ini. KUO juga menyediakan kiosk untuk pelajar yang tidak makan. Kiosk ialah tempat yang diuruskan oleh pelajar KUO untuk belajar bagaimana mengurus kiosk dan juga mendapatkan pendapatan yang extra. Pelajar yang menyertai kelab keusahawanan mempunyai peluang untuk mengusahakan sebuah kedai. Ini ialah satu kelebihan apabila mereka mencari pekerjaan.

         KUO menyediakan pelbagai aktiviti kepada kami. Ini telah membolehkan mengenal lebih banyak kawan dan bukan sahaja fokus dalam akademik. Contohnya, saya berpeluang mewakili KUO menyertai SUKEM. Ini ialah peluang yang baik kepada saya untuk mempelajari ilmu yang berlainan dengan akademik. 

           KUO juga mempunyai sistem merit. Sistem ini telah mengalakkkan para penduduk kolej ungku omar untuk menyertai lebih banyak aktiviti. Saya telah berusaha menyertai pelbagai aktivti yang dianjurkan untuk mendapatkan kelayakan terus meninggal di KUO. 
Contohnya, speaker corner telah dianjurkan untuk menambahkan kemahiran berkomunikasi.

            Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat tinggal di Kolej Ungku Omar dan berpeluang mempunyai banyak peluang untuk meningkatkan kemahiran saya.





Comments

  1. OMG wen yan. don't use the word meninggal - the meaning in malay is passed away - (dead)
    am shocked to see the word just now
    and idk why you put the same pic twice?
    good info anyway. keep it up!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG SEDAP DI UKM

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN