BELAJAR BAHASA JERMAN

MEMPELAJARI BAHASA JERMAN

Saya telah mempelajari bahasa jerman dalam sem ini. Saya telah mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dan memahami tentang bahasa Jerman. Saya juga mengenali lebih banyak budaya dan tempat pelancongan tentang Jerman. Pensyarah yang mengajar bukan sahaja bahasa jerman tetapi membolehkan kami mengenali negara secara melanjut.

Saya telah mempelajari bagaimana membaca nombor dalam bahasa Jerman.
eins 1                      zwanzig 20
zwei 2                     dreißig 30
drei 3                       vierzig   40
vier 4                       fünfzig 50
fünf 5 sechzig 60
sechs 6 siebzig 70
Sieben 7 achtzig 80
acht 8 neunzig 90
neun 9
zehn 10

Dalam Bahasa Jerman, nombor ditulis dengan cara yang berbeza dengan Bahasa Cina dan juga Baha Melayu

25 = 5 + 20
(fünfundzwanzig)

37 = 7 + 30
(siebenunddreißig)

76 = 6 + 70
(sechsundsiebzig)

Dalam citra Jerman, kami akan mempelajari reading (Lesen), listening (horen), speaking (sprechen) dan juga writing (schreiben). Saya juga telah mempelajari bagaimana bersalam dengan orang lain.

Guten Morgen ( Selamat pagi )
Guten Tag (Selamat tengah hari )
Guten Abend ( Selamat petang )
Gute Nacht ( Selamat malam )
Danke ( Terima Kasih )
Bitte ( Sama-sama )
Auf Wiedersuhen ( Selamat jalan )
Tschüs ( Selamat jalan)

Selain bersalam dengan orang lain, saya juga mempelajari bagaimana memperkenalkan diri dan berkomunikasi dengan orang lain dalam bahasa Jerman.

Ich bin Lee Wen Yan ( Saya ialah Lee Wen Yan)
Ich komme aus Johor ( Saya berasal dari Johor )
Ich wohne in Pekan Nanas ( Saya hidup di Pekan Nanas )
Ich studiere kors Ekonomi in UKM ( Saya mempelajari Ekonomi di UKM )
Ich bin 21 Jahre alt ( Saya berumur 21 tahun )
Ich spreche Englisch, Malaiish, Chinesisch und ein bisschen Deutsch ( Saya dapat bercakap Bahasa English, Bahasa Malayu, Bahasa Cina dan sedikit Bahasa Jerman )
Ich habe 4 Geschwister. ( Saya mempunyai 4 adik beradik )

Dalam kelas Bahasa Jerman, Frau telah meminta kami mengenal tentang keistimewaan negara Jerman dan melukis poster yang berkaitan untuk memperkenalkan keistimewaan negara Jerman. Melalui peluang ini, saya telah berpeluang mendapat lebih banyak maklumat tentang negara Jerman. Saya memilih Neuschwanstein Castle untuk mengenal dengan lebih mendalam 



Ini ialah poster yang telah saya buat untuk Neuschwanstein Castle. Ini ialah tempat pelancongan yang sangat terkenal di Jerman.  Ini ialah sebuah tempat yang berada di Bavaria, German. Istana ini ialah sebuah istana kota abad ke-19 yang dibina berunsurkan seni bina Pemulihan Romanesque. Istana ini dibina oleh Ludwig II dari Bavaria sebagai sebuah tempat rehat peribadi.Tempat ini telah menarik perhatian para pelawat. Harap pada hari yang akan datang saya dapat mengunjunginya. 

Saya masih dalam proses mempelajari Bahasa Jerman. Harap pada masa hadapan, saya dapat berkomunikasi dengan warga Jerman. Ini ialah beberapa tempat pelancongan Jerman yang sangat menarik.












Comments

  1. wow. i think you are the first of my students yg ambil bahasa jerman in citra. yg lain semua korea la jepun la. good job! i think german language sounds so sophisticated hehe.
    btw who is frau? your lecturer?
    Thanks for sharing!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG SEDAP DI UKM

KOLEJ UNGKU OMAR

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN