MEMPELAJARI CATUR

CITRA CATUR

Saya telah mempelajari asas catur melalui citra catur dalam sem ini. Walaupun dalam PKP, tetapi pensyarah kami masih mengajar dan memberi kami peluang untuk bertanding dan belajar sesama pelajar. Pensyarah telah memperkenalkan satu online page untuk kami belajar dam melatih. Pensyarah juga menyemak progress kami melakukan latihan untuk memastikan kami semua mempunyai asas pengetahuan.

Dalam citra catur, saya telah mempunyai konsep asas tentang catur. Catur memerlukan 2 pemain dan setiap pemain akan mempunyai satu set buah catur. Seorang pemain memegang catur hitam manakala seseorang pemain lagi memegang catur yang berwarna putih. Satu set catur yang lengkap mempunyai 16 buah iaitu 8 bidak, 1 raja, 1 menteri, 2 rook, 2 kuda dan juga 2 biskop.



Setiap buah catur mempunyai peranan dan cara pemain yang berbeza. Pemain perlu menggunakan kecerdikan diri untuk mempertahankan raja sendiri untuk memenangi.

RAJA
Raja ialah kepingan yang paling penting dalam catur.Setiap pemain hanya mempunyai satu raja sahaja. Oleh itu, pemain perlu mempertahan raja sendiri untuk mendapatkan kemenangan. Raja hanya boleh bergerak satu petak ke mana-mana arah seperti ke atas, ke bawah, ke tepi. "Check" ialah raja diserang oleh mana-mana kepingan lain

MENTERI
Menteri ialah kepingan yang berada di tepi raja. Setiap pemain hanya mempunyai satu menteri sahaja. Ini ialah kepingan yang paling kuat dan dapat bergerak ke arah yang paling jauh. Raja boleh bergerak dalam mana-mana satu garis lurus dan tiada sekatan jauh.

ROOK
Setiap pemain memiliki 2 buah rook di tepi. Rook boleh bergerak ke arah depan, ke arah belakang, ke arah kiri dan juga ke arah kanan. Pemain boleh menggerakkan rook untuk melindungi raja. Rook dapat berjalan tegak sahaja dan tiada sekatan jarak.

BISKOP
Setiap pemain mempunyai 2 biskop. Biskop hanya boleh bergerak secara pepenjuru, tidak boleh bergerak secara tegak. Disebabkan biskop tidak dapat bergerak dalam garis lurus, biskop lebih mudah mempunyai kelemahan. Oleh itu, pemain perlu berhati-hati semasa mengerakkan biskop untuk mengelakkan kelemahan biskop.

KUDA
Setiap pemain juga mempunyai 2 kuda dalam pemainan catur. Kuda mempunyai pergerakan yang agak istimewa berbanding dengan kepingan lain. Kuda hanya dapat bergerak 2petak dalam satu arah, dan kemudiannya satu pergerakan sudut 90 darjah atau dikenali juga sebagai bergerak dengan bentuk huruf " L ". Disebabkan pergerakan yang istimewa dan berbeza, pemain dapat menggunakan kepingan untuk mendapatkan kemenangan.

Bidak
Bidak juga sebuah kepingan yang sangat istimewa dalam catur. Setiap pemain mempunyai sebanyak 8 buah kepingan bidak. Bilangan bidak ialah bilangan kepingan yang dimiliki paling banyak oleh pemain. Oleh itu, pemain perlu menggerakkannya dengan teliti. Tetapi, pergerakkan bidak sangat disekati. Bidak hanya boleh bergerak ke hapadan 2 petak pada pertama kali, dan hanya boleh bergerak ke hadapan 1 petak selepas itu. Bidak hanya boleh "makan" kepingan yang lain secara menyerong. 

Dalam citra catur, saya telah mempunyai konsep asas tentang peranan setiap kepingan dan bagaimana menggerakkannya. Saya juga mempelajari satu kepingan yang sangat istimewa iaitu bidak. Bidak dapat dipromosi kepada kepingan yang lain.

Cara mempromosikan bidak
Bidak dapat dipromosikan kepada kepingan yang lain seperti rook, biskop, kuda dan juga menteri. Walaupun bidak dapat dipromosikan, tetapi tidak boleh dipromosi sebagai raja. Bidak perlu terus bergerak ke hujung catur pemain bertentangan. Selepas sampai ke hujung catur bertentangan, pemain boleh memilih kepingan yang ingin dijadikan. Ini dapat meningkatkan peratus kemenangan pemain. 


Dalam citra catur, saya juga telah cuba bertanding dengan pemain dalam citra catur. Pemain perlu menggunakan kecerdikan kami untuk mendapat kemenangan. Walaupun saya masih dalam proses mempelajari. Harap pada masa yang akan datang, saya dapat menguasai catur.


Comments

  1. if you refer to any post or source, you should put the link here ok.
    i think among other citra's subject, chess maybe the least effected during pkp rite hehe
    thanks for sharing!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MAKANAN YANG SEDAP DI UKM

KOLEJ UNGKU OMAR

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN