NOVEL SHARING 2
Green Fence
Novel ini mencerita
tentang seorang gadis yang kehilangan ibunya. Shan Shan kehilangan ibunya dan
hidup dengan bapanya Xu Tian Ping dan makciknya Yi Ling. Shan Shan dan bapanya
saling tidak mempeduli pagar yang di antara mereka. Ini telah menyebabkan hubungan
mereka menjadi semakin buruk.
Mak cik Shan Shan sangat sayang
akan Shan Shan. Shan Shan selalu menceritakan masalahnya kepada makciknya. Namun,
makciknya ingin berpindah keluar. Shan Shan tidak mengharapkan. Dia mula cuba
untuk menghalangnya tetapi perancangan Shan Shan tidak berjaya. Shan Shan mengenal
seorang remaja yang memberi pengaruh yang buruk secara tidak sengaja. Bapanya
sangat marah dan merampas telefon Shan Shan. Ini menyebabkan Shan Shan tidak
memahami bapanya dan lari dari rumah. Dia pergi mencari makciknya dan tinggal
dengan makciknya. Bapa Shan Shan sangat risau terhadap Shan Shan. Setelah mengetahui
Shan Shan berada di rumah makcik, baru dia meletakkan batu hati.
Dalam pencarian Shan Shan, bapanya
mula mempelajari bagaimana berkomunikasi dengan anaknya. Setelah Shan Shan
kembali ke rumah, bapanya juga mula melalui pagar antara mereka dan mengenali
semula anaknya.
Selepas membaca novel ini, saya berasa
sangat menyentuh hati. Kita perlulah mencari sebab dari diri semasa menemui
masalah. Ini adalah kerana kita tidak dapat berubah orang lain, kita hanya
dapat mengubah diri sendiri. Dalam novel ini, Xu Tian Ping sentiasa meninggikan
sendiri dan tidak menggunakan sikap yang baik semasa berkomunikasi dengan anaknya.
Ini menyebabkan Shan Shan tidak memahami bapanya dan hubungan mereka menjadi
sangat teruk.
Kita juga perlulah menghormati
perasaan dan fikiran orang lain untuk mengurangkan jarak, pagar antara satu
sama lain. Ini barulah dapat membina jambatan komunikasi sesama orang. Kita tidak
boleh hanya mengikut hati, fikiran dan pendapat kita sendiri sahaja. Kita mestilah
belajar berfikir di sudut orang lain dan cuba memahami orang lain. Semua orang
adalah sama. Oleh itu, kia perlulah menghormai orang lain.
Dalam novel ini, Xu Tian Ping selalu
tidak yakin dengan anaknya, Shan Shan. Contohnya, dia salah menganggap ayat lagu
ialah surat cinta orang lain kepada Shan Shan. Ini telah memberitahu kita
perlulah mempelajari keyakinan sesama orang terutamanya ibu bapa. Ibu bapa
sepatutnya memberi lebih banyak keyakinan kepada anaknya kerana ibu bapa ialah
orang yang paling rapat dengan anak. Jika ibu bapa tidak yakin dengan anak
mereka, siapa yang akan yakin mereka? Ini akan menyebabkan hubungan anak dan
ibu bapa tidak rapat.
Selepas membaca novel ini, saya
rasa anak dan ibu bapa perlulah banyak berkomunikasi untuk membina keyakinan sesamanya.
Ibu bapa juga perlulah yakin akan anak mereka dan memberi lebih banyak kebebasan
kepada anak.
ok this is the last post about novel sharing that i can accept from you. so these 2 posts pls change the label as freestyle. please do another post under free style but not about novel sharing anymore ok. i hope you are clear. please contact me if you have any query. tq
ReplyDelete